Microsoft Hadir Dengan Jawapan Untuk Chromecast – Memperkenalkan Microsoft Wireless Display Adapter

Microsoft Hadir Dengan Jawapan Untuk Chromecast – Memperkenalkan Microsoft Wireless Display Adapter

Diterbitkan pada Sep 24, 2014 oleh .

Microsoft hari ini telah memperkenalkan sebuah dongle yang digunakan untuk strim kandungan terus ke monitor atau televisyen dengan sokongan HDMI, dinamakan sebagai Microsoft Wireless Display Adapter.

Seperti ramai sedia maklum, salah satu peranti pesaing yang menawarkan fungsi lebih kurang sama adalah Chromecast daripada Google. Menggunakan Microsoft Wireless Display Adapter ini, pengguna akan menghubungkan ia ke slot HDMI pada televisyen atau monitor dan turut hadir dengan sebuah kabel sambungan USB untuk memberikan ia kuasa beroperasi.

Microsoft Wireless Display Adapter

Untuk fungsi pula, pihak Microsoft menggunakan sokongan teknologi Miracast, sekaligus membolehkan pelbagai peranti yang menyokong Miracast digunakan untuk strim kandungan dari peranti seperti tablet, komputer riba dan sebagainya terus ke televisyen menggunakan Microsoft Wireless Display Adapter ini.

Apa pun, harganya boleh dikatakan agak mahal, dimana pihak Microsoft menyenaraikan ia pada harga $59.95 (~RM195), dan akan mula dijual di Amerika Syarikat terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN