Cari @ Amanz

Sony Xperia M2 Aqua merupakan salah satu telefon pintar berspesifikasi pertengahan daripada pihak Sony dengan fokus terhadap sokongan kalis air. Ia telah diperkenalkan pada bulan Ogos yang lepas, dan kini selang sebulan selepasnya, peranti ini dilihat telah melepasi pengesahan Sirim.

Sirim M2 Aqua

Xperia M2 Aqua merupakan peranti bersaiz 4.8-inci, hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 400, dan menggunakan kamera belakang 8-megapixel. Selain daripada sokongan kalis air, ia juga turut hadir dengan sokongan rangkaian LTE terbina padanya.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini, dan memandangkan ia telah melepasi pengesahan pihak Sirim, maka mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai peranti ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd