Carian
Ulasan: Pembesar Suara Logitech Z443
September 24, 2014 Ikhwan Nazri

Beberapa minggu terdahulu kami telah kongsikan bersama pembaca berkenaan ulasan pembesar suara Bluetooth iaitu Logitech Z600. Sistem pembesar suara tanpa subwoofer mungkin kurang memenuhi kehendak anda yang inginkan kualiti bunyi lebih bagus. Satu lagi pembesar suara yang dipinjamkan kepada kami adalah Logitech Z443 yang dilancarkan pada bulan Mei lepas.

[amanz-gallery]

Rekabentuk

Logitech Z443 membawakan sistem 2.1, iaitu dua pembesar suara dan satu subwoofer. Ia hadir dalam kerangka kayu, dan kerangka kayu dikatakan boleh menghasilkan bunyi dengan lebih baik berbanding kerangka lain. Kemasannya ringkas dan elegan, dan subwoofer-nya tidak terlalu berat, jadi boleh diletakkan diatas meja. Kawalan dilakukan secara terus kepada subwoofer namun tiada sebarang jack untuk fon kepala pada keseluruhan pembesar suara ini.

Prestasi

Satu perkara yang kurang digemari adalah kawalannya pada badan subwoofer. Ini kerana kebiasaan saya, subwoofer akan diletakkan di lantai. Kebanyakan sistem yang hadir dengan subwoofer akan meletakkan panel kawalan sama ada pada pembesar suara kecil, ataupun hadir dengan peranti kawalan yang akan turut menyertakan jack fon kepala. Ia tidak sesuai diletakkan di lantai kerana kawalannya berada pada badan subwoofer tersebut. Mungkin sebab ia hadir dengan kemasan kayu yang cantik adalah kerana ia memang untuk diletakkan diatas meja.

Logitech-Z443-IMG_7593

Melalui ujian ringkas, prestasi dan kualiti bunyi yang dihasilkannya sangat baik. Sebagai pembesar suara 2.1, ia tidak menghadapi banyak masalah dalam memainkan lagu serta penghasilan bunyi bass yang berkadaran. Terdapat tombol tahap bass yang boleh diubah. Namun, pada harganya iaitu RM299 dan perbandingan dengan pembesar suara setaraf, tiada tombol untuk treble. Ini juga satu kekurangan yang saya fikir tidak seharusnya berlaku untuk pembesar suara dalam lingkungan harga ini.

Pro

  • Kualiti audio dan bass yang baik
  • Kemasan kayu yang cantik

Kontra

  • Kawalan pada subwoofer, tidak sesuai untuk anda yang ingin meletakkannya di lantai.
  • Tiada tombol kawalan treble pada kelas harga sebegini.
  • Juga tiada jack fon kepala.

Komen