Cari @ Amanz

RevAsia OhBulan!Rev Asia telah mula aktif sejak tahun ini, dimana ia merupakan syarikat gabungan untuk Says.com dan juga Catcha Media. Dalam usaha untuk menambah kandungan dan jenama digital dibawah mereka, Rev Asia telah menambah beberapa syarikat dibawah mereka, dan terkini adalah OhBulan! – salah satu portal hiburan dan gaya hidup berbahasa Malaysia.

Dengan pengambil-alihan ini, pasukan di sebalik OhBulan! akan diserap masuk ke Rev Asia, sekaligus membentuk sebuah pasukan baru di Rev Asia. Jenama OhBulan! sendiri akan terus diperkukuhkan dan kita akan dapat melihat integrasi antara produk Rev Asia yang lebih menyeluruh dilakukan – termasuk perkongsian kandungan OhBulan! melalui Says dan sebagainya.

Pengarang Urusan OhBulan! sebelum ini, iaitu Hafriz Zulpakar pula akan menyertai Rev Asia sebagai Pengarah Urusan untuk kandungan berbahasa Malaysia. Disamping terus mengukuhkan kedudukan OhBulan, beliau juga akan bertugas menambah lebih banyak portfolio baru dari pelbagai kategori kandungan lain dibawah Rev Asia.

Bercakap mengenainya, Hafriz mengatakan pengambil-alihan ini merupakan suatu pencapaian yang baik – disamping pada masa yang sama memberikan petanda yang baik dalam industri blog dan kandungan atas-talian di Malaysia. OhBulan! – seperti kebanyakkan laman lain bermula dengan seorang penulis sahaja, dan telah berkembang pesat dan kini beroperasi sebagai sebuah media atas-talian memfokuskan kepada topik hiburan dan gaya hidup.

Harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd