BlackBerry Blend Ingin Memudahkan Pengguna Membuat Tugasan Dengan Selamat Pada Komputer

BlackBerry Blend Ingin Memudahkan Pengguna Membuat Tugasan Dengan Selamat Pada Komputer

Diterbitkan pada Sep 24, 2014 oleh .

BlackBerry sedia terkenal kerana penawaran perkhidmatan sekuriti yang selamat pada peranti mudah-alih mereka. Kini, memperluaskan tawaran tersebut, pihak BlackBerry mengumumkan BlackBerry Blend yang mana membolehkan pengguna menggunakan dan menghubungkan peranti BlackBerry ke komputer dengan mudah.

BlackBerry Blend

BlackBerry Blend merupakan salah satu aplikasi dan perisian yang menghubungkan peranti anda ke komputer secara tanpa-wayar, sekaligus membolehkan komputer anda mengakses data dan kandungan seperti BBM, data kalendar, emel, dan sebagainya pada skrin komputer atau tablet.

Perkara ini sekaligus memudahkan pengguna peranti BlackBerry membuat tugasan pejabat dengan mudah dan pantas – tanpa perlu mengalami kesukaran untuk menghubungkan komputer ke rangkaian VPN pejabat dan sebagainya.

Menggunakan BlackBerry Blend, pengguna turut boleh menghubungkan peranti BlackBerry ke komputer desktop – dan membalas mesej BBM menggunakannya – serta menerima notifikasi pada PC. Perkara ini sekaligus memudahkan anda membuat tugasan dan tidak perlu menyemak telefon BlackBerry anda ketika di pejabat.

Di luar pula, pihak BlackBerry memperlihatkan yang mana anda boleh membuat pelbagai tugasan – sebagai contoh membalas emel menggunakan laptop atau tablet ketika di kawasan luar talian (di kapal terbang). Kemudian mesej tersebut akan disimpan pada peranti Blackberry dan dihantar kepada penerima sebaik sahaja anda tiba dikawasan dengan sokongan talian internet.

BlackBerry Blend ini ditawarkan untuk Windows, Mac dan Android. Seperti biasa, anda memerlukan peranti Blackberry untuk dapat menggunakannya.


TIPS & ULASAN