Chargerboard – Papan Lungsur Mengecas Peranti

Chargerboard – Papan Lungsur Mengecas Peranti

Diterbitkan pada Sep 25, 2014 oleh .

Produk hibrid semakin banyak di pasaran kerana kenapa anda perlu membeli lima produk sekiranya satu produk pelbagai guna sudah memandai. Telefon pintar yang kita miliki adalah sebuah produk hibrid yang menggabungkan tidak kurang dari 15 produk di dalam kerangka mudah alih dan kecil. Chargerboard ialah sebuah papan lungsur yang juga merangkap pengecas peranti dan juga sistem audio mudah alih yang dihasilkan oleh Bjorn van Den Hout. Palan lungsur hibrid ini dihasilkan beliau sebagai projek tahun akhir di Akademi William De Kooning Rotterdam. Roda papan lungsur Chargerboard dilengkapi dinamo yang merubah tenaga kinetik kepada tenaga elektrik. Menurut Bjorn, meluncur selama sejam di atas Chargerboard dapat menyimpan tenaga yang cukup untuk mengecas peranti anda sebanyak 8 kali. Terdapat juga dock audio untuk sebuah iPhone. Sekiranya anda tidak memiliki peranti Apple terdapat jack input audio 3.5mm untuk pembesar suara terbina. Sebuah idea yang inovatif walaupun agak kurang praktikal. Tetapi di masa hadapan apabila harga minyak semakin meningkat produk sebegini akan menjadi popular.

chargeboard-designboom05

Sumber Chargerboard


TIPS & ULASAN