BlackBerry Passport Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM2399

BlackBerry Passport Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM2399

Diterbitkan pada Sep 25, 2014 oleh .

BlackBerry Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan BlackBerry Passport di Malaysia, sekaligus akan mula menawarkan ia secara eksklusif melalui Celcom bermula 10 Oktober ini.

BlackBerry Passport merupakan telefon pintar terbaru daripada pihak BlackBerry, dimana ia hadir dengan rekaan skrin berbentuk empat-segi sama dan turut dilengkapi dengan sokongan papan kekunci fizikal.

BlackBerry Passport

Peranti ini juga merupakan peranti berspesifikasi tinggi daripada pihak BlackBerry, dimana ia hadir dengan kamera 13-megapixel OIS, dilengkapi dengan cip pemprosesan 2.2Ghz, memori 3GB RAM, dan juga ruangan storan terbina 32GB. Bateri turut menjadi fokus pada peranti ini dimana ia dikatakan boleh digunakan sehingga 30 jam secara aktif.

Selain itu, BlackBerry Passport turut menggunakan BlackBery 10.3, yang mana merupakan kemaskini terbaru yang turut hadir dengan sokongan BlackBerry Assistant, dan dilengkapi Amazon Appstore untuk memasang aplikasi Android.

BlackBerry Passport

Selain melalui Celcom, pihak BlackBerry turut sama akan menawarkan ia melalui semua pengedar rasmi mereka bermula 1 November kelak. Harga jualan BlackBerry Passport di Malaysia adalah RM2399.


TIPS & ULASAN