Microsoft Melancarkan Lumia 735 Dan Lumia 830 Di Malaysia – Hadir Dengan Lumia Denim

Microsoft Melancarkan Lumia 735 Dan Lumia 830 Di Malaysia – Hadir Dengan Lumia Denim

Diterbitkan pada Sep 25, 2014 oleh .

Microsoft Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan dua telefon pintar berasaskan Windows Phone untuk pasaran Malaysia, iaitu Lumia 735 dan juga Lumia 830.

Lumia 735

Lumia 735 merupakan telefon pintar memfokuskan selfie daripada Microsoft, dimana ia menyertakan kamera hadapan 5-megapixel, serta dilengkapi dengan sebuah aplikasi khusus dinamakan Lumia Selfie. Lumia 735 turut hadir dengan sokongan rangkaian LTE, dan ditawarkan pada harga RM999 di Malaysia. Lumia 735 hadir dengan skrin bersaiz 4.7-inci OLED, cip Snapdragon 400 1.2Ghz, dan kamera belakang 6.7-megapixel.

Nokia Lumia 830

Lumia 830 merupakan peranti mampu-milik dengan kamera PureView daripada Microsoft. Ia akan dijual pada harga RM1399 di Malaysia. Lumia 830 menggunakan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi resolusi 1280×720 pixel, cip Snapdragon 400 1.2Ghz, kamera belakang 10-megapixel PureView OIS, dan kamera hadapan 1-megapixel.

Lumia 735 dan juga Lumia 830 hadir dengan kemaskini Lumia Denim – dimana ia menyertakan beberapa perkara baru dan pengoptimasian memfokuskan kamera, dan beberapa perkara lain. Lumia Denim turut menyertakan sokongan Cortana yang sentiasa aktif – membolehkan anda mengaktifkannya dengan arahan suara pada bila-bila masa. Kemaskini Lumia Denim ini akan ditawarkan untuk pengguna peranti sedia ada bermula dengan Lumia 930 dan Lumia 1520 pada suku ke-4 2014 ini.

Kedua-dua peranti ini akan dijual bermula 3 Oktober ini, dan pihak Microsoft turut menawarkan Office 365 Home Premium secara percuma untuk 500 orang pembeli pertama Lumia 830.


TIPS & ULASAN