Cari @ Amanz

HTC sedia mengatakan akan memperkenalkan sebuah produk baru pada bulan Oktober kelak, dan kini mereka telah menerbitkan sebuah teaser ringkas memperlihatkan rakaman video didalam air, dan ketika bersukan serta sebagainya.

Bersama-sama dengannya, mereka turut memperkenalkan sebuah halaman baru dinamakan sebagai ReCamera.com – mengukuhkan lagi desas-desus sebelum ini mengatakan mereka akan hadir dengan sebuah kamera baru yang mungkin bersaing dalam kategori sama dengan pihak GoPro.

Spesifikasi dan sebagainya masih tidak diketahui lagi, dan pihak HTC dijangka akan memperkenalkan ia pada 8 Oktober kelak.

Selari dengan penerbitan video teaser ini juga, sebuah gambar tertiris di Reddit, memperlihatkan kemungkinan produk baru yang akan diumumkan oleh HTC tersebut.

HTC Recamera

Jadi, apa kata anda mengenainya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd