Asphalt OverDrive Sedia Dimuat-Turun – Permainan Lumba Kereta Ala Temple Run

Asphalt OverDrive Sedia Dimuat-Turun – Permainan Lumba Kereta Ala Temple Run

Diterbitkan pada Sep 25, 2014 oleh .

Gameloft hari ini telah menerbitkan aplikasi Asphalt OverDrive, yang mana merupakan permainan baru daripada mereka – membawakan gabungan konsep lumba kereta seumpama Temple Run.

Permainan ini akan dimainkan secara menegak, berbeza dengan permainan Asphalt sebelum ini, dan pengguna perlu menatal ke kiri dan ke kanan untuk mengawal kenderaan.

Asphalt Overdrive

Seperti biasa, grafik permainan yang hadir amat cantik, disamping turut hadir dengan pelbagai pilihan kereta menarik.

Buat masa ini, ia telah diterbitkan untuk Android, dan bakal menyusul untuk iOS dan Windows Phone dalam beberapa jam lagi.

Muat-Turun Asphalt OverDrive untuk Android


TIPS & ULASAN