Kemaskini BlackBerry 10.3 Akan Hadir Untuk Semua Peranti Sedia Ada Pada Tahun Ini

Kemaskini BlackBerry 10.3 Akan Hadir Untuk Semua Peranti Sedia Ada Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Sep 25, 2014 oleh .

BlackBerry telah memperkenalkan BlackBerry Passport hari ini di Malaysia, dan bersama-sama dengannya, ia turut hadir dengan kemaskini sistem operasi terkini BlackBerry 10.3. Berkongsi mengenainya, pihak BlackBerry mengatakan semua peranti sedia ada akan menerimanya pada tahun ini.

Di pasaran hari ini terdapat beberapa peranti berasaskan BlackBerry 10, termasuk BlackBerry Z10, Z30, Z3, Q10, dan juga Q5. Kemaskini untuk peranti ini akan hadir dalam versi 10.3.1.

BlackBerry 10.3

BlackBerry 10.3

BlackBerry 10.3

BlackBerry 10.3

BlackBerry 10.3 dilihat membawakan sedikit kemaskini pada antaramuka – dimana menggunakan ikon berbentuk mendatar, dan tiada lagi warna latar disebaliknya. Skrin tetapan dan hab juga dilihat lebih kemas berbanding sebelum ini. Sokongan BlackBerry Assistant turut disertakan untuk membolehkan pengguna membuat tugasan dan carian dengan lebih pantas.

Disamping itu, bersama-sama dengan BlackBerry 10.3 hadirnya Amazon Appstore – dan pihak BlackBerry mengatakan ia akan ditawarkan kepada semua pengguna peranti sedia ada melalui kemaskini BlackBerry 10.3.1 kelak.

BlackBerry 10.3 turut dilihat menyertakan beberapa tetapan baru pada bahagian kamera peranti – dan secara keseluruhan berfungsi lebih lancar dan tanpa sebarang masalah.

Tarikh pasti untuk kemaskini tidak diumumkan dan mereka hanya sekadar mengatakan akan hadir dalam beberapa bulan lagi sahaja.


TIPS & ULASAN