Nexus 6 Dilaporkan Akan Hadir Daripada Motorola – 5.92-inci, 13MP, Snapdragon 805, 3GB RAM

Nexus 6 Dilaporkan Akan Hadir Daripada Motorola – 5.92-inci, 13MP, Snapdragon 805, 3GB RAM

Diterbitkan pada Sep 25, 2014 oleh .

Google dijangka akan memperkenalkan Android versi terbaru – dikenali dengan nama kod “Android L” pada bulan Oktober ini. Dan seperti biasa, kita akan dapat melihat beberapa peranti baru dilancarkan daripada keluarga Nexus.

Motorola Nexus 6

Salah satunya adalah telefon pintar dibawah keluarga Nexus, berkemungkinan dikenali sebagai Nexus 6. Desas-desus mengenainya telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini beberapa info baru hadir – memperlihatkan spesifikasi untuk Nexus 6 yang akan hadir daripada Motorola kelak.

Dari segi rekaan, Nexus 6 ini dijangka akan menyerupai secara kasar seperti Moto X yang diumumkan baru-baru ini. Nexus 6 ini kelak dijangka akan menyertakan skrin bersaiz 5.92-inci, dan hadir dengan resolusi 2560×1440 pixel.

Peranti ini dikatakan akan dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 805, dan memori sebanyak 3GB RAM, serta ruangan storan bersaiz 32GB. Untuk rakaman gambar, ia dijangka akan dilengkapi kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dan 2-megapixel pada bahagian hadapan.

Memandangkan ini hanya sekadar informasi awal, maka terdapat kemungkinan yang mana spesifikasi akhir kelak mungkin sama atau berbeza sedikit.

Beberapa ura-ura turut mengatakan mungkin lebih daripada satu telefon pintar Nexus dilancarkan bersama-sama pelancaran Android “L” kelak.


TIPS & ULASAN