Cari @ Amanz

Pihak Sirim dilihat telah meluluskan dua telefon pintar baru daripada Apple, iaitu iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus. Perkara ini sekaligus memperlihatkan yang mana peranti tersebut mungkin dipasarkan di Malaysia tidak lama lagi.

iphone6

Tarikh pelancaran rasminya masih tidak diketahui lagi, namun salah seorang pembaca Amanz, saudara Sidek (melalui emel) hadir dengan sebuah spekulasi, memberi idea dimana ia mungkin dilancarkan di Malaysia sekitar pertengahan bulan Oktober ini.

Jikalau mengikut pelancaran pada sebelum ini untuk iPhone 5S, Malaysia telah menerima iPhone 5S pada tarikh yang sama dengan India – iaitu pada pengenalan fasa ketiga. Untuk iPhone 6, pasaran India akan menerimanya pada 17 Oktober kelak – sekaligus memungkinkah Malaysia turut menerimanya pada tarikh sama.

Apa pun, terdapat juga beberapa peranti sebelum ini dari pelbagai syarikat yang mana negara India menerimanya dahulu – salah satu sebabnya adalah kerana angka penggunanya yang tinggi jikalau dibandingkan dengan pelbagai negara lain di dunia.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan spekulasi ini? Dengan kelulusan Sirim, mungkinkah kita akan melihatnya di pasaran tempatan seawal bulan Oktober ini?

Sirim - iPhone 6

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd