Apple : iPhone Bengkok Sangat Jarang Berlaku – Hanya 9 Kes Dilaporkan Kepada Apple

Apple : iPhone Bengkok Sangat Jarang Berlaku – Hanya 9 Kes Dilaporkan Kepada Apple

Diterbitkan pada Sep 26, 2014 oleh .

Kontroversi berkaitan iPhone 6 yang mudah bengkok disebabkan letak didalam seluar dan sebagainya telah hangat diperkatakan sepanjang minggu ini. Menyentuh mengenainya, hari ini pihak Apple telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan perkara tersebut.

iPhone 6 Bengkok

Menurut Apple, sepanjang enam hari pertama selepas jualan, hanya sebanyak 9 pengguna sahaja yang telah menghubungi mereka berkaitan dengan iPhone 6 Plus yang mudah bengkok – sekaligus memperlihatkan yang mana ia hanya dialami oleh segelintir kecil pengguna.

Seperti biasa, Apple turut mengatakan yang mana iPhone 6 dan iPhone 6 Plus telah melalui pelbagai siri kejuruteraan sebelum ia dipasarkan kepada umum.

Dalam pada masa yang sama, pihak Apple turut mengatakan yang mana mereka akan menggantikan telefon yang menjadi bengkok disebabkan diletakkan dalam poket seluar.

Bermain dengan statisik angka laporan adalah perkara biasa untuk organisasi besar – sekaligus menjaga keadaan saham dan syarikat mereka.

Bagi pihak Apple sendiri, sebelum ini ketika masalah antenna untuk iPhone 4, mereka mengatakan hanya sekitar 1% pengguna sahaja yang terkesan daripadanya – tetapi mengambil langkah untuk menawarkan kerangka luar percuma untuk waktu yang terhad.

Bercakap mengenai isu iPhone membengkok ini, ia dilihat hanya terkesan oleh pengguna iPhone 6 Plus sahaja – berkemungkinan disebabkan saiznya yang besar dan rekaan nipis yang dibawakan oleh Apple. Telefon iPhone 6 bersaiz 4.7-inci dilihat tidak terkesan dengan masalah peranti menjadi bengkok ini.


TIPS & ULASAN