Apple Memperkenalkan Kemaskini iOS 8.0.2 Untuk Semua

Apple Memperkenalkan Kemaskini iOS 8.0.2 Untuk Semua

Diterbitkan pada Sep 26, 2014 oleh .

Beberapa hari yang lepas, pihak Apple telah mengeluarkan kemaskini iOS 8.0.1, tetapi menariknya kembali disebabkan ia membuatkan beberapa telefon pintar iPhone 6 gagal untuk berfungsi sepenuhya. Kini, selang beberapa hari, mereka telah menerbitkan dan mempekenalkan iOS 8.0.2 kepada semua.

Melalui kemaskini iOS 8.0.2 ini, ia membawakan beberapa kemaskini, termasuk mengatasi beberapa pepijat berkaitan HealthKit dan juga papan kekunci pihak ketiga. Disamping itu, ia juga kini membawakan sokongan yang lebih baik untuk Family Sharing, disamping menambah-baik beberapa perkara pada iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus.

Bagi pengguna iPhone dan iPad, anda boleh menaik-taraf peranti anda kepada iOS 8.0.2, dan memastikan anda menggunakan sistem operasi terkini pada peranti mudah-alih anda.


TIPS & ULASAN