Cari @ Amanz

Samsung merupakan salah satu syarikat teknologi terkemuka di dunia, dan terkini mereka bekerjasama dengan pihak Jabatan Tenaga Manusia untuk melancarkan Samsung Tech Academy yang akan menawarkan pelbagai kursus teknikal kepada rakyat tempatan.

Melalui modul kursus Samsung Tech Academy, ia akan menawarkan latihan selama sebulan yang merangkumi latihan teknikal selama 100 jam meliputi dua produk Samsung, iaitu SmartTV dan juga telefon pintar. Pengenalan Samsung Tech Academy juga selari dengan sasaran kerajaan untuk menambah pekerja berkemahiran yang lebih ramai menjelang tahun 2015 kelak.

Samsung Tech Academy

Buat masa ini, ia diperkenalkan di ILP Kuala Lumpur sahaja, dan boleh disertai oleh lepasan SPM. Samsung mengatakan sehingga bulan Jun 2014 yang lepas, sebanyak 67 kursus telah diimplementasikan mereka di lebih 34 buah negara seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd