Cari @ Amanz

Amazon sedia mempunyai Amazon AppStore yang menawarkan sebuah aplikasi percuma setiap hari. Terkini, untuk waktu yang terhad – sehingga 27 September ini, pihak Amazon turut menawarkan sejumlah 27 aplikasi dan permainan secara percuma untuk pengguna Android.

Amazon AppStore Promo

Antara aplikasi yang ditawarkan secara percuma adalah termasuk OfficeSuite Professional 7, Swype, Threes!, permainan Sonic The Hedgehog 4 EP 2, dan beberapa yang lain.

Untuk mendapatkan permainan tersebut, pengguna perlu memuat-turun dan memasang aplikasi Amazon AppStore pada peranti Android mereka – dan mula memuat-turunnya secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd