Android merupakan perisian sumber terbuka yang ditawarkan oleh Google kepada para pengeluar peranti mudah-alih, dan turut hadir dengan penawaran aplikasi dari pihak Google untuk melengkapkannya. Terkini, laporan baru hadir mengatakan Google meminta untuk pengeluar peranti menyertakan lebih banyak aplikasi Google pada peranti keluaran mereka.
Menurut laporan yang hadir ke arena internet hari ini, Google dikatakan meminta pengeluar peranti untuk menyertakan aplikasi Google sehingga sebanyak 20 aplikasi secara terbina pada aplikasi mereka.
Seperti semua sedia maklum, kebanyakkan peranti baru sedia menyertakan aplikasi Google secara terbina – dimana ia diletakkan pada sebuah folder khas dinamakan Google pada skrin utama.
Disamping itu, ia turut dikatakan yang mana Google turut meminta untuk menyertakan fungsi carian pantas Google Now, dan turut menyertakan perkataan Powered by Android pada skrin boot peranti.
Untuk makluman, kebanyakkan perkara ini sedia diimplementasikan pada peranti Android di pasaran hari ini. Mungkin juga ini adalah usaha Google untuk menawarkan pengalaman penggunaan yang selari kepada pengguna – tidak kira jikalau pengguna beralih dari satu pengeluar ke pengeluar yang lain.
Dengan perkembangan ini, bagi kami, mungkin juga Google perlu membuat sesuatu mengenai antaramuka yang digunakan oleh pengeluar pada peranti Android, dan juga berkaitan dengan kemaskini Android dalam memberikan pengalaman penggunaan selari.