Peminat Arsenal? Huawei Ascend P7 Edisi Arsenal Akan Hadir Ke Malaysia

Peminat Arsenal? Huawei Ascend P7 Edisi Arsenal Akan Hadir Ke Malaysia

Diterbitkan pada Sep 27, 2014 oleh .

Huawei pada awal tahun telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Arsenal, dan turut hadir dengan sebuah peranti khusus untuk peminat Arsenal pada bulan Julai yang lepas. Kini, berkongsi melalui halaman Facebook mereka, pihak Huawei dilihat mengatakan akan membawa masuknya ke pasaran tempatan.

Huawei Arsenal

Melalui telefon pintar edisi khusus Ascend P7 ini, ia hadir dengan bungkusan kotak dengan rekaan logo Arsenal, disamping turut menyertakan beberapa kandungan khusus pada peranti berkenaan. Antaranya termasuklah dari segi ikon, gambar latar, dan beberapa aplikasi memfokuskan kepada bola sepak.

Dari segi spesifikasi, ia dijangka akan mengekalkan spesifikasi asal Ascend P7, iaitu dilengkapi dengan cip pemprosesan lapan teras 1.8Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, skrin bersaiz 5-inci, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

Harga jualannya tidak diketahui lagi buat masa ini. Huawei Ascend P7 versi biasa dijual pada harga RM1499 di Malaysia.

Baca : Ulasan Huawei Ascend P7


TIPS & ULASAN