Honor 6 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Berharga RM999, Honor Tablet Berharga RM599

Honor 6 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Berharga RM999, Honor Tablet Berharga RM599

Diterbitkan pada Sep 27, 2014 oleh .

Honor (jenama dibawah Huawei) sedia mempunyai beberapa telefon pintar dibawah mereka, dan terkini mereka telah melancarkan Honor 6 di Malaysia, sekaligus menjadikan Malaysia negara pertama untuk menerimanya selain China.

Honor menggunakan cip lapan teras daripada pihak Huawei tersendiri iaitu Kirin 920, dilengkapi dengan sokongan LTE, skrin bersaiz 5-inci, menggunakan memori sebanyak 3GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3100mAh, serta dikatakan dilengkapi sokongan penjimatan bateri.

Huawei Honor 6

Selain daripada Honor 6, pihak Honor Malaysia turut mengumumkan Honor Tablet – tablet dengan sokongan panggilan suara untuk pasaran Malaysia. Ia hadir dengan skrin bersaiz 8-inci dengan resolusi 1280×800, cip Snapdragon empat-teras, Android 4.3 Jelly Bean, dan bateri berkapasiti 4800mAh.

Honor 6 akan ditawarkan dalam warna hitam dan putih bermula 16 Oktober kelak melalui VMall pada harga RM999. Honor Tablet pula akan ditawarkan pada harga RM599 – dan pra-tempahannya akan dibuka bermula 29 September.


TIPS & ULASAN