Vine Untuk Android Kini Membolehkan Anda Mengimport Video

Vine Untuk Android Kini Membolehkan Anda Mengimport Video

Diterbitkan pada Sep 27, 2014 oleh .

Vine merupakan salah satu aplikasi daripada pihak Twitter yang membolehkan pengguna untuk berkongsi video selama 6 saat melaluinya. Terkini, aplikasi untuk Android dikemaskini, membawakan sokongan kamera dan penyuntingan yang ditambah-baik, sepertimana yang telah diperkenalkan untuk iOS baru-baru ini.

Menjadi fokus utama pada kemaskini baru ini adalah kebolehan untuk mengimport video yang sedia dirakamkan dan di sunting untuk mesra Vine. Perkara ini sekaligus membolehkan pengguna merakamkan video menggunakan kamera terbina peranti, dan kemudian memilih untuk berkongsinya melalui Vine.

Pada masa yang sama, kini ia memudahkan lagi pengguna untuk memadam sesuatu klip, dan memberikan lebih kebebasan ketika membuat suntingan video.

Bagi pengguna Android, anda boleh mengemaskini aplikasi Vine ini, dan menikmati fungsi penyuntingan baru yang disertakan bersama-sama dengannya ini.

Muat-Turun Vine untuk Android


TIPS & ULASAN