Selain daripada pihak HTC yang bakal hadir dengan kamera aksi mereka, jenama popular, GoPro turut menjadualkan sebuah acara pengenalan pada tarikh yang sama, dimana mereka dijangka akan memperkenalkan sebuah kamera GoPro Hero generasi baru.
Pihak GoPro dijangka akan memperkenalkan dua versi berbeza, iaitu GoPro Hero 4 yang akan ditawarkan sebagai kemaskini untuk GoPro Hero3+, hadir dengan sokongan rakaman video 4K pada kadar 30fps, disamping turut menyertakan sebuah skrin sentuh terbina. Pihak GoPro dijangka menawarkan beberapa variasi GoPro Hero4 seperti sebelumnya, termasuk versi Black yang akan hadir dengan beberapa kelebihannya tersendiri.
GoPro versi bajet?
Menariknya, selain daripada itu, pihak GoPro turut dijangka hadir dengan model kamera aksi berharga rendah, dinamakan sebagai GoPro Hero. Ia akan membawakan sokongan asas dengan rakaman video pada kadar 1080p dan 720p, dan gambar pada resolusi 5-megapixel. Versi asas ini dijangka tidak akan menyertakan sokongan sambungan WiFi, dan tiada sambungan Bluetooth. Selain itu GoPro ini turut dijangka akan menyertakan bateri bertahan selama 2.5 jam, dan sokongan ruangan kad SD serta mikrofon terbina.
Harga jualan untuk kesemua variasi ini tidak diketahui lagi – dan mungkin segalanya akan terjawab pada 8 Oktober kelak.