Firefox 33 Bakal Hadir Dengan Butang Kawalan Privasi Untuk Memadam Data Pelayaran Anda

Firefox 33 Bakal Hadir Dengan Butang Kawalan Privasi Untuk Memadam Data Pelayaran Anda

Diterbitkan pada Sep 28, 2014 oleh .

Firefox sedia mempunyai sokongan mod privasi, dimana ia tidak menyimpan sebarang data pelayaran anda pada sistem, dan memadam kesemuanya sebaik sahaja anda menutup tetingkap tersebut. Terkini, melalui Firefox 33, pihak Mozilla membawanya setapak kehadapan, dengan membolehkan pengguna memadam data pelayaran pada tetingkap sedia ada dengan mudah.

Firefox 33 - Privasi

Melalui fungsi tersebut, pengguna boleh memadam data pelayaran mereka mengikut pilihan, sama ada lima mini terakhir, dua jam terakhir, ataupun sepanjang 24 jam yang lepas.

Perkara ini sekaligus membolehkan pengguna memadam data pelayaran mereka pada sesuatu komputer untuk suatu tempoh masa, termasuk meliputi data berkaitan sejarah web yang dibuka, dan juga cookies dari sesuatu web.

Fungsi ini mungkin digemari ramai, terutamanya bagi anda yang berkongsi komputer dan ingin memadam data pelayaran padanya dengan pantas – dan tidak lagi perlu membuka tetingkap mod privasi khusus seperti sebelumnya.


TIPS & ULASAN