SoftBank Dilaporkan Berminat Untuk Mengambil-Alih DreamWorks Animation

SoftBank Dilaporkan Berminat Untuk Mengambil-Alih DreamWorks Animation

Diterbitkan pada Sep 29, 2014 oleh .

DreamWorksSoftBank merupakan salah satu syarikat telekomunikasi dari Jepun, dan mempunyai pelaburan pada pelbagai syarikat – termasuk antaranya adalah pada AliBaba, Yahoo! Jepun, dan juga Sprint (Amerika Syarikat). Dalam usaha untuk terus memperluaskan portfolio serta memfokuskan kepada kandungan, kini ia diperkatakan yang mana SoftBank berminat untuk mendapatkan DreamWorks Animation.

DreamWorks Animation sedia popular dengan beberapa hasil mereka, termasuk filem How To Train Your Dragon, Kung Fu Panda, Madagasar, Shrek dan sebagainya.

Menurut laporan awal, SoftBank ingin menawarkan $32 untuk setiap saham di DreamWorks Animation, dan berkemungkinan mengintegrasikan kandungan daripada studio animasi berkenaan bersama-sama penawaran syarikat telekomunikasi Sprint di Amerika Syarikat.

Pelaburan pada penghasilan kandungan telah menjadi tarikan syarikat-syarikat gergasi di dunia akhir-akhir ini. Maka pelaburan SoftBank pada DreamWorks Animation ataupun pengambil-alihan syarikat tersebut mungkin tidak akan mengejutkan pelbagai pihak. Apa pun, bagaimana produk daripada syarikat kandungan diintegrasikan ke produk asal mereka semestinya salah satu perkara yang dinantikan ramai.

Seperti biasa, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan desas-desus ini buat masa ini.


TIPS & ULASAN