MyTeksi Menawarkan Penghantaran Wonda Coffee Sempena Hari Kopi Sedunia

MyTeksi Menawarkan Penghantaran Wonda Coffee Sempena Hari Kopi Sedunia

Diterbitkan pada Sep 29, 2014 oleh .

Pada beberapa bulan lalu MyTeksi telah menawarkan ‘Happy Packages’, iaitu pek yang mengandungi butang #MalaysiansUnite serta minuman isotonik Revive diberikan bagi menaikkan semangat rakyat semasa peristiwa MH17 berlaku. Kini dalam menyambut Hari Kopi Sedunia, mereka telah bekerjasama dengan Wonda Coffee, menawarkan penghantaran minuman kopi dalam tin terus ke destinasi pengguna bermula hari ini sehingga 3 Oktober 2014.

1977288_700346060054320_1254789613183166171_n (1)

29 September merupakan hari kopi sedunia dan penghantaran minuman kopi ini boleh dilakukan menerusi aplikasi MyTeksi menggunakan pilihan WONDACoffee pada ruang pemilihan teksi. Pengguna perlu memasukkan alamat yang sama pada ruangan ‘pick-up’ dan juga ‘drop-off’. Penghantaran kopi ini akan dilakukan pada pukul 10 pagi sehingga 5 petang dan terhad kepada pengguna di bandar Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuching.

Berbanding dengan penghantaran ‘Happy Packages’, untuk penghantaran kopi Wonda ia meliputi lebih banyak bandaraya dan akan berlangsung sehingga hari jumaat terhad kepada 400 penghantaran pertama untuk setiap hari. Mungkinkah MyTeksi akan hadir dengan lebih banyak tawaran seumpama ini pada masa akan datang ? Apapun promosi sebegini dilihat menarik dan memudahkan penggemar sesuatu jenama tersebut dalam mendapatkan barangan yang diidamkan.


TIPS & ULASAN