Pra-Tempahan Untuk Honor 6 Dibuka Di VMall

Pra-Tempahan Untuk Honor 6 Dibuka Di VMall

Diterbitkan pada Sep 29, 2014 oleh .

Honor 6 telah dilancarkan dan diumumkan untuk pasaran Malaysia pada penghujung minggu yang lepas, dan hari ini pra-tempahan untuknya telah dibuka membolehkan mereka yang berminat untuk mendapatkannya membuat pra-tempahan dan membeli melalui VMall.

Huawei Honor 6

Honor 6 merupakan telefon pintar terbaru daripada pihak Honor (anak syarikat Huawei), dimana ia akan ditawarkan secara khusus melalui laman VMall sahaja.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip pemprosesan lapan teras Kirin 920, memori 3GB RAM, skrin bersaiz 5-inci, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, dan turut dilengkapi dengan Android 4.4.2 berserta antaramuka Emotion UI 2.3.

Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM999, dimana pada spesifikasi yang ditawarkan, boleh dikatakan agak murah. Pihak Honor turut mengatakan mereka akan membuat pertukaran satu ke satu sekiranya peranti tersebut mengalami sebarang masalah dalam tempoh enam bulan sejak pembelian.

Layari : Honor 6 di VMall

Advertorial daripada Honor


TIPS & ULASAN