Lagi Gambar Dikatakan Oppo N3 Tertiris – Bakal Menyertakan Skrin 5.9-inci, Snapdragon 805

Lagi Gambar Dikatakan Oppo N3 Tertiris – Bakal Menyertakan Skrin 5.9-inci, Snapdragon 805

Diterbitkan pada Sep 29, 2014 oleh .

Oppo N3 dijangka akan diperkenalkan pada bulan Oktober kelak, dan sejak daripada awal bulan ini, sedikit demi sedikit informasi berkaitan dengannya telah tertiris.

Oppo N3

Oppo N3

Terkini, dua gambar baru hadir memperlihatkan peranti yang dikatakan sebagai Oppo N3 – dimana secara kasarnya ia dilihat selari dengan gambar yang tertiris sebelum ini.

Oppo N3 ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5.9-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 805, memori 3GB RAM, dan kamera yang boleh diputarkan dengan sensor 13-megapixel.

Harga jualan dan sebagainya masih tidak diketahui lagi – dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada acara pelancaran Oppo yang dijadualkan pada penghujung bulan Oktober ini.


TIPS & ULASAN