Samsung Dilaporkan Menamatkan Penjualan Komputer Riba Di Malaysia

Samsung Dilaporkan Menamatkan Penjualan Komputer Riba Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 29, 2014 oleh .

Dengan pasaran peranti mudah-alih yang semakin popular dari hari ke hari, salah satu industri yang terkesan adalah industri komputer riba. Walaupun masih ramai mendapatkan komputer riba pada hari ini, namun angkanya boleh dikatakan adalah sedikit jikalau dibandingkan dengan tablet atau telefon pintar.

Perkara ini membuatkan beberapa syarikat mengubah cara operasi mereka, dan terkini Samsung dilihat telah menarik diri mereka daripada menawarkan Samsung Notebooks di pasaran tempatan. Perkara ini mungkin membuatkan tiada lagi komputer riba baru daripada Samsung dijual di Malaysia selepas ini – sama seperti apa yang dilakukan oleh Samsung dirantau Eropah pada minggu lepas.

Apa pun, seperti biasa Samsung mengatakan yang mana mereka akan menawarkan pelbagai produk-produk baru yang lebih inovatif untuk pasaran tempatan.

Selain daripada Samsung, pihak Sony juga telah menarik diri mereka dari pasaran komputer riba, dan satu-satunya syarikat yang masih aktif memperkenalkan komputer riba baru boleh dikatakan adalah Lenovo.


TIPS & ULASAN