Samsung Malaysia Bakal Memudahkan Proses Khidmat-Pelanggan Dengan “Drive-Thru”?

Samsung Malaysia Bakal Memudahkan Proses Khidmat-Pelanggan Dengan “Drive-Thru”?

Diterbitkan pada Sep 29, 2014 oleh .

Samsung sedia mempunyai angka pengguna peranti mudah-alih yang tinggi di Malaysia, dan dalam usaha untuk menawarkan khidmat pelanggan yang baik, mereka kini dilihat bakal hadir dengan sebuah solusi baru – Samsung Drive-Thru.

Samsung Drive-Thru

Daripada apa yang dilihat, beberapa pusat-khidmat pelanggan mereka telah melalui proses pengubah-suaian – dan menariknya menyertakan papan tanda – “Drive-Thru”. Gambar yang diterima kami ini dilihat merupakan bersebelahan BHP Jalan Loke Yew di Kuala Lumpur.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah ia akan beroperasi kelak. Kami telah menghubungi pihak Samsung untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya, dan akan mengemaskini dengan info tambahan sebaik sahaja menerima maklumbalas berkaitan perkara ini.


TIPS & ULASAN