Carian
GoPro Hero4 Dengan Sokongan Rakaman 4K Diperkenalkan – Bersama-sama Versi Bajet : “HERO”
September 29, 2014 Aman

Dengan pelbagai desas-desus, hari ini GoPro telah mengumumkan secara rasmi kamera aksi terbaru daripada mereka, iaitu GoPro Hero4 yang mana hadir dengan sokongan rakaman video pada resolusi 4K dengan kadar rakaman 30fps.

GoPro Hero4 Black

GoPro Hero4 juga hadir dalam empat variasi berbeza, iaitu Black, Silver dan juga HERO (menggantikan White). GoPro Hero4 Black hadir dengan sokongan rakaman 4K pada kadar rakaman 30fps, 1080p pada kadar rakaman 120fps – sekaligus membolehkan pengguna merakamkan video pada resolusi tinggi dengan mudah menggunakannya. Pada masa yang sama, pihak GoPro turut memudahkan anda menandakan sesuatu masa sebagai highlight – yang mana amat berguna sekiranya anda merakamkan video untuk suatu jangka masa yang panjang. Disamping itu, pengguna kini turut boleh mengawal tahap ISO, warna dan exposure menggunakan fungsi Protune – yang mana membolehkan anda membuat rakaman pada kadar cahaya rendah dengan lebih baik berbanding sebelumnya. Fungsi sambungan melalui Bluetooth dan WiFi turut disertakan pada GoPro Hero4 ini.

http://www.youtube.com/watch?v=_rcDPF14sr0

GoPro mengatakan masa bertahan bateri untuk GoPro Hero4 ini adalah lebih kurang sama seperti versi sebelumnya.

GoPro Hero4 Silver

Selain GoPro Hero4 Black, versi Silver turut hadir yang mana ditujukan kepada pengguna yang inginkan beberapa fungsi sahaja. Ia hanya dilengkapi dengan rakaman 4K pada kadar 15fps seperti Hero3 sebelum ini, dan turut hadir dengan sokongan skrin sentuh – sekaligus memudahkan pengguna menggunakannya seperti beberapa kamera lain di pasaran. Selain daripadanya, pelbagai perkara lain adalah lebih kurang sama – termasuk rakaman gambar pada kadar 12-megapixel.

Akhir sekali, GoPro versi asas turut diperkenalkan dinamakan sebagai “HERO“, yang mana ia membolehkan pengguna merakamkan video 1080p pada kadar 30fps, dan rakaman gambar pada 5-megapixel. Ia ditujukan kepada pengguna yang inginkan GoPro tetapi tidak inginkan fungsi-fungsi profesional seperti pada HERO4.

GoPro Hero

GoPro HERO ini akan dijual pada harga $130 (~RM426), sementara Hero4 Black pada harga $500 (~RM1640), dan HERO4 Silver pada harga $400 (RM1311). Ia bakal dijual di Amerika Syarikat bermula 5 Oktober ini dan akan diperluaskan ke seluruh dunia selepas itu.

Komen