Capped – Permainan Tutup Botol Versi Digital Untuk Pengguna Android

Capped – Permainan Tutup Botol Versi Digital Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Sep 30, 2014 oleh .

Permainan “tutup botol” boleh dikatakan agak popular dikalangan pelajar sekolah, dan kini sebuah permainan berbentuk digital untuknya hadir, membolehkan pengguna memainkan permainan “tutup botol” menggunakan telefon pintar atau tablet Android.

Capped

Capped

Capped

Melalui permainan yang dinamakan sebagai “Capped!” ini, pemain akan perlu mengawal arah untuk menyasarkan penutup botol sasaran, dan swipe pada skrin untuk menjentik. Dari tahap ke tahap, kesukaran meningkat – memerlukan pengguna untuk “sungkit” ataupun menggunakan barangan persekitaran untuk memantulkan ia kembali ke arah sasaran.

Seperti beberapa permainan mudah-alih lain, pengguna akan perlu memainkan tahap demi tahap, dan sebanyak lebih kurang 15 tahap berbeza disediakan – dengan rekaan grafik yang agak kemas berbanding beberapa permainan lain.

Capped

Capped

Capped

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi permainan Capped ini ke peranti mudah-alih anda hari ini, dan memainkannya ketika masa terluang. Hendaklah diambil perhatian yang mana saiz permainan ini adalah sekitar 40MB dan mungkin anda ingin menghubungkan peranti ke WiFi terlebih dahulu untuk menjimatkan penggunaan data peranti mudah-alih anda.

Muat-Turun Permainan Capped! untuk Android


TIPS & ULASAN