HTC Dilaporkan Bakal Memperkenalkan One (M8) Max Dengan Sokongan Skrin Pada Resolusi 2K
HTC

HTC Dilaporkan Bakal Memperkenalkan One (M8) Max Dengan Sokongan Skrin Pada Resolusi 2K

Diterbitkan pada Sep 30, 2014 oleh .

HTC One Max merupakan keluarga phablet daripada pihak HTC, dan untuk tahun ini, mereka dijangka akan memperkenalkan kemaskini untuknya, berkemungkinan dikenali dengan nama HTC One (M8) Max.

Dari segi spesifikasi, mengikut desas-desus awal, ia dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 2K, cip pemprosesan Snapdragon 805, memori sebanyak 3GB RAM, dan menggunakan HTC Sense 6.5 untuk antaramukanya.

Sedikit perubahan rekabentuk turut dijangka akan diperkenalkan pada One Max – dan berkemungkinan ia tidak lagi akan menyertakan sokongan pengimbas cap jari seperti sebelumnya.

Ia tidak diketahui lagi bilakah tarikh rasmi untuk HTC memperkenalkan phablet baru mereka ini. Dengan Apple dan Samsung yang telah mula memasarkan phablet baru mereka, mungkinkah HTC akan menangguhkan sebulan dua sebelum memperkenalkannya?


TIPS & ULASAN