Carian
Google Street View Kini Meliputi 90% Jalan Awam Di Semenanjung Malaysia
September 30, 2014 Aman

Google Malaysia hari ini telah berkongsi sedikit kemaskini berkaitan dengan Google Street View di Malaysia – sekaligus mengumumkan penambahan beberapa lokasi baru dengan sokongan Street View.

Bagi anda yang tidak mengenali akan perkhidmatan Street View, ia merupakan sokongan paparan 360-darjah untuk gambar sekitar lokasi pada Google Maps, sekaligus memudahkan para pengguna untuk melawati sesuatu lokasi terus pada pelayar web dengan mudah.

DSC_0360

DSC_0361

Menurut Google, kini mereka meliputi lebih 90% jalan awam di Semenanjung Malaysia – yang mana meliputi jalan-jalan bertol, jalan negeri, jalan bandar dan kawasan kejiranan.

Disamping itu, melalui kemaskini baru juga, ia turut meliputi pelbagai lokasi baru, disamping menambah pengimejan di kawasan sedia ada. Antara lokasi baru yang turut ditambah adalah termasuk Taman Negara Malaysia, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Pinang, Melaka, dan juga Putrajaya.

Bagi anda yang ingin melihatnya, boleh melawati Google Maps hari ini, dan melawati pelbagai lokasi tempatan dengan lebih dekat.

Komen