EasyTaxi Memperbaharui Teksi Mereka – Menawarkan Pembayaran Tambang Melalui Aplikasi

EasyTaxi Memperbaharui Teksi Mereka – Menawarkan Pembayaran Tambang Melalui Aplikasi

Diterbitkan pada Sep 30, 2014 oleh .

Dunia perkhidmatan teksi tempatan dilihat menerima banyak perhatian. Perkhidmatan ini umpama lombong emas dan terdapat pelbagai startup yang bergiat dalam industri sebegini. Hari ini, aplikasi tempahan teksi iaitu EasyTaxi mengumumkan pembaharuan teksi mereka serta pembayaran tambang melalui aplikasi mereka.

easyTaxi - IMG_7694

Dalam tempoh beberapa bulan ini, EasyTaxi menyasarkan akan memperbaharui teksi mereka secara berperingkat, dan pembaharuan tersebut meliputi dalaman dan luaran teksi tersebut. Teksi mereka turut menawarkan air mineral kepada penumpang dan penumpang juga boleh memilih lagu yang diinginkan. Bagi pemandu teksi yang mempunyai prestasi yang baik, mereka bakal menerima ganjaran sehingga RM1,000 bergantung kepada maklumbalas penumpang.

EasyTaxi juga memperkenalkan ET Pay, iaitu sistem pembayaran mereka menggunakan telefon pintar. Melalui cara ini, bayaran tambang boleh dilakukan secara terus melalui telefon pintar. Aplikasi EasyTaxi yang mula beroperasi sejak tahun 2013 meliputi Lembah Klang, Kuching, Pulau Pinang, dan Johor Bahru.

Muat-turun: EasyTaxi iOS

Muat-turun: EasyTaxi Android 

Muat-turun: EasyTaxi Windows Phone 

TIPS & ULASAN