Jabra Move Wireless Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM 369

Jabra Move Wireless Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM 369

Diterbitkan pada Sep 30, 2014 oleh .

Baru sahaja bulan lepas Jabra Malaysia menawarkan empat unit fon audio Bluetooth yang memfokuskan kepada pengguna yang aktif namun kebanyakannya merupakan jenis in-ear. Pada hari ini mereka mengumumkan Jabra Move Wireless, fon kepala Bluetooth yang dikhususkan untuk pengguna aktif, dan lebih menyukai fon kepala on-ear berbanding in-ear.

Jabra Move Wireless merupakan fon kepala yang beroperasi secara Bluetooth, dan kelihatan tidak tumpah seperti Jabra Revo Wireless namun mempunyai kemasan berlainan. Ia boleh beroperasi sehingga 8 jam untuk tujuan mendengar muzik atau menjawab panggilan. Terdapat palam USB mikro untuk tujuan pengecasan dan palam audio 3.5mm untuk menggunakan fon kepala ini secara biasa. Ia juga mempunyai fabrik yang dikatakan kalis kotoran serta cekak kepala diperbuat dari kelului tahan karat. Untuk mengawal peranti ini, terdapat butang kawalan pada sebelah kiri/kanan fon kepala ini.

Fon kepala ini dijual pada harga RM369 dengan pilihan warna biru, merah dan hitam dan boleh didapati di pengedar-pengedar sah Jabra seperti Machines, Harvey Norman, dan Radio Shack.


TIPS & ULASAN