eBay Akan Membahagikan PayPal Kepada Syarikat Berasingan Pada 2015

eBay Akan Membahagikan PayPal Kepada Syarikat Berasingan Pada 2015

Diterbitkan pada Sep 30, 2014 oleh .

PayPaleBay hari ini secara rasminya mengumumkan yang mana mereka akan membahagikan operasi dan syarikat antara eBay dan PayPal secara berasingan, bermula daripada pertengahan kedua 2015 kelak.

Dengan pembahagian ini, beberapa perubahan akan dilakukan, termasuk kedua-dua syarikat akan mempunyai CEO berbeza berbanding pada hari ini.

eBay merupakan laman jual-beli terkemuka dunia, dan telah mengambil-alih PayPal sebagai platform pembayaran untuknya sebelum ini. Namun, dengan tahun demi tahun, PayPal seperti terikat dengan eBay – sekaligus menyukarkan ia berkembang secara positif, jikalau dibandingkan dengan beberapa perkhidmatan pembayaran lain di pasaran.

Pengasingan ini juga dijangka akan menarik lebih ramai penjual dan syarikat e-dagang untuk menggunakan perkhidmatan PayPal ini. Apa pun, seperti biasa, pembahagian dan pengasingan eBay dan PayPal ini perlu melalui pelbagai fasa dan mendapatkan kebenaran pihak berkuasa, dan dijangka hanya akan selesai pada tahun hadapan.

Jadi, apa kata anda berkenaan pembahagian antara eBay dan PayPal ini?


TIPS & ULASAN