Samsung Galaxy Grand Prime Dengan Fokus Terhadap Selfie Diperkenalkan

Samsung Galaxy Grand Prime Dengan Fokus Terhadap Selfie Diperkenalkan

Diterbitkan pada Sep 30, 2014 oleh .

Telefon pintar memfokuskan kepada fungsi selfie boleh dikatakan agak popular akhir-akhir ini, dan terkini pihak Samsung hadir dengan sebuah telefon pintar khusus untuknya dinamakan sebagai Samsung Galaxy Grand Prime.

Samsung Galaxy Grand Prime

Galaxy Grand Prime memfokuskan kepada fungsi kamera hadapan, dimana ia dilengkapi dengan kamera 5-megapixel dengan sokongan rakaman luas. Menggunakannya, pengguna boleh merakamkan gambar selfie atau selfie-berkumpulan dengan mudah menggunakannya.

Dari segi spesifikasi, telefon pintar 3G ini hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan resolusi 540×960 pixel, cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, dan bateri berkapasiti 2600mAh.

Buat masa ini, Galaxy Grand Prime hanya dilancarkan di India sahaja, dan mungkin akan diperluaskan ke negara-negara lain tidak lama lagi.

Samsung Galaxy Grand Prime


TIPS & ULASAN