Apple Memperkenalkan OS X Yosemite GM 1 Untuk Pembangun – Versi Akhir Untuk Pengguna Semakin Hampir

Apple Memperkenalkan OS X Yosemite GM 1 Untuk Pembangun – Versi Akhir Untuk Pengguna Semakin Hampir

Diterbitkan pada Okt 1, 2014 oleh .

Bercakap mengenai dunia sistem operasi, selain pengumuman pihak Microsoft berkaitan dengan Windows 10, Apple turut tidak ketinggalan, dan telah memperkenalkan OS X Yosemite Golden Master Candidate kepada para pembangun seluruh dunia.

Apple telah memperkenalkan OS X Yosemite beberapa bulan yang lepas, dimana ia membawakan rekaan antaramuka yang lebih mendatar – disamping menyertakan integrasi yang lebih baik dengan platform iOS. Beberapa aplikasi turut dikemaskini pada Yosemite, dan antaranya adalah Safari, Mail dan beberapa yang lain. Versi ini juga turut menyelesaikan masalah pepijat Shellshock yang menjadi bualan ramai akhir-akhir ini.

Dengan pengenalan OS X Yosemite GM Candidate ini, ia menandakan pembangunan sistem operasi baru daripada Apple tersebut telah pun pada fasa akhir, dan akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Apple dijangka akan menjadualkan sebuah acara khas pada bulan Oktober ini dalam memperkenalkan OS X Yosemite secara rasminya kepada semua, disamping turut memperkenalkan beberapa peranti baru – berkemungkinan iPad dan iMac baru.


TIPS & ULASAN