Cari @ Amanz

WhatsApp merupakan salah satu aplikasi permesejan popular yang digunakan ramai, dimana selain menghantar teks, ia turut digunakan untuk menghantar video dan gambar.

Dalam usaha untuk memudahkan proses perkongsian video dan gambar – selain memberi tahu rakan-rakan berkenaan apakah topik gambar dan video berkenaan, sebelum dimuat-turun, WhatsApp telah membawakan fungsi menambah kapsyen sebelum ini.

Kapsyen WhatsApp

Namun, ketika pengenalan fungsi tersebut, ia hanya terhad untuk pengguna iPhone sahaja, dan hari ini fungsi tersebut turut diperluaskan kepada pengguna Android.

Melalui fungsi baru ini, pengguna boleh menambah kapsyen ketika ingin menghantar sesuatu gambar atau video, dan ia akan disertakan dibawah gambar yang dikongsikan pada paparan chat.

Bagi anda yang menggunakan Android, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan mula menggunakan fungsi menambah kapsyen yang disertakan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd