Carian
Google Mula Memaparkan Julat Harga Untuk Pembelian Dalam-Aplikasi Pada Play Store
October 1, 2014 Aman

Sokongan pembelian dalam-aplikasi sering membuatkan para pengguna untuk berkira-kira sebelum memuat-turunnya. Kini, dalam memudahkan pengguna mengetahui berapakah caj yang dikenakan oleh sesuatu aplikasi, Google telah mula memaparkan julat harga yang dikenakan untuk pembelian dalam-aplikasi untuk sesuatu permainan dan aplikasi.

Google Play Store iAP

Pengenalan ini membolehkan pengguna membuat anggaran, sekaligus memudahkan mereka membuat keputusan untuk memuat-turunnya ataupun sebaliknya.

Informasi berkenaan julat harga ini diperlihatkan pada bahagian informasi aplikasi – pada peranti mudah-alih dan juga pada PlayStore versi web.

Apa pun, bagi kami, kami lebih gemarkan cara bagaimana pihak Apple memaparkan harga pembelian dalam aplikasi yang mana lebih tersusun selain membolehkan pengguna mengetahui caj yang dikenakan untuk setiap perkara sebelum memuat-turunnya.

Komen