Cari @ Amanz

Pushbullet merupakan salah satu aplikasi yang ditawarkan untuk Android, membolehkan anda menghantar notifikasi dari peranti mudah-alih terus ke komputer, selain turut menghantar kandungan dan membalas SMS terus melalui komputer menggunakannya.

Pushbullet Channels

Melangkah setapak kehadapan, kini Pushbullet memperkenalkan sebuah fungsi baru dinamakan Pushbullet Channels – yang mana berfungsi membolehkan pengguna mengikuti saluran kegemaran mereka dan menerima notifikasi apabila terdapat sesuatu perkara yang baru.

Beberapa saluran pilihan telah disediakan, termasuk Steam Deals, Humble Bundle, dan beberapa yang lain. Sekiranya anda melanggan kepada saluran tersebut, maka anda akan menerima notifikasi apabila terdapat kemaskini pada saluran tersebut.

Untuk mencubanya sendiri, anda boleh memuat-turun dan mengemaskini aplikasi Pushbullet untuk Android hari ini, dan cuba sendiri menggunakan Channels dalam menerima dan melihat notifikasi daripada pelbagai saluran kegemaran anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd