Gaya pemanduan merupakan sesuatu yang penting buat setiap pemandu kerana ia berkait rapat dengan penggunaan minyak petrol. Gaya pemanduan yang sentiasa menggunakan brek dan memecut dengan pantas akan menggunakan minyak yang banyak, sekaligus mengakibatkan pembaziran. Terbaru AXA telah melancarkan AXA Drive membolehkan pengguna mengetahui gaya pemanduan mereka.
Aplikasi yang boleh mengesan gaya pemanduan telah lama wujud di pasaran malah saya sendiri pernah mencuba aplikasi berasaskan Symbian untuk Nokia N93. Pada waktu itu, bukanlah zaman iOS atau Android namun aplikasi tersebut agak menarik kerana ia boleh memberitahu sama ada saya memandu sambil lewa dan mengakibatkan penggunaan minyak yang banyak. Aplikasi AXA Drive pula berupaya untuk mengesan bukan sahaja gaya, malah jarak serta memetakan perjalanan anda.
Aplikasi ini menggunakan giroskop pada peranti telefon pintar anda. Ia boleh mengesan pecutan (accelerating) , kuasa brek (braking), serta pembelokan (turns) yang dilakukan. Sekiranya anda kerap melakukan belokan tajam yang tidak sempurna, sudah tentu markah anda akan rendah dan kalau anda meletakkan air didalam cawan umpama ujian belokan Initial D, sudah tentu tumpah. Sekiranya anda melakukan belokan, pecutan dan membrek dengan sempurna, anda akan memperoleh lencana yang berkaitan dengannya.
https://www.youtube.com/watch?v=i70CXB4ou1A
Menariknya, pihak AXA juga turut mengadakan pertandingan dalam mempromosikan pemanduan yang efektif. Pengguna hanya perlu berkongsi pemanduan mereka ke Facebook disamping menghantarkan rekod pemanduan secara emel kepada AXA. Apa yang penting, kami harap dengan aplikasi sebegini ia memberikan maklumat berkenaan gaya pemanduan dan boleh membantu kita semua dalam memandu secara efektif.
- Sertai: Pertandingan AXA Safe Driver
- Muat-turun: AXA Drive – iOS
- Muat-turun: AXA Drive – Android