Asus Fonepad 8 Akan Hadir Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi

Asus Fonepad 8 Akan Hadir Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Okt 1, 2014 oleh .

Asus Malaysia hari ini telah memulakan promosi untuk sebuah lagi tablet baru daripada mereka dibawah keluarga Asus Fonepad. Tiada sebarang info berkenaan harga dan tarikh jualan yang diberikan Asus Malaysia buat masa ini.

Asus Fonepad 8

Melalui gambar yang diterbitkan, Asus mengatakan Fonepad baru ini akan bersaiz nipis dan lebih besar – sekaligus memberikan petanda yang mana ia adalah Asus Fonepad 8 yang telah diumumkan baru-baru ini.

Asus Fonepad 8 telah diperkenalkan pada Computex bulan Jun yang lepas, dimana ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel, skrin bersaiz 8-inci, dwi-speaker pada bahagian hadapan, dan turut hadir dengan sokongan dwi-SIM.

Pihak Asus Malaysia sebelum ini melalui acara khas telah mengatakan mereka akan membawa masuk Fonepad 8 ke pasaran tempatan sekitar bulan Oktober ini, dan nampaknya seperti dijanjikan kita akan dapat melihatnya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN