Asus Memperkenalkan Kemaskini Android 4.4 KitKat Untuk Zenfone 4

Asus Memperkenalkan Kemaskini Android 4.4 KitKat Untuk Zenfone 4

Diterbitkan pada Okt 1, 2014 oleh .

Telefon pintar Asus Zenfone 4 merupakan salah satu telefon pintar yang mempunyai angka pengguna yang ramai – disebabkan oleh harga jualannya yang rendah. Hari ini, pihak Asus Malaysia melalui laman sosial mereka telah mengumumkan yang mana kemaskini KitKat telah mula diperkenalkan kepada pengguna Zenfone 4 seluruh negara.

Asus Zenfone 4 KitKat

Kemaskini Android 4.4 KitKat ini diperkenalkan kepada pengguna model Zenfone 4 (A400CG). Pengguna akan menerima notifikasi untuknya dan boleh memuat-turun dan menggunakan

Asus Zenfone 4 telah dijual di Malaysia sejak bulan Mei yang lepas dimana ketika jualan awal ia hadir dengan Android 4.3 Jelly Bean. Sejak daripadanya, beberapa versi lain telah diperkenalkan, termasuk Asus Zenfone 4 versi baru dengan skrin bersaiz 4.5-inci.

Pihak Asus Malaysia mengatakan kemaskini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua, membawakan beberapa kemaskini kecil, termasuk antaranya adalah kebolehan mencetak tanpa wayar, dan juga fungsi untuk menetapkan aplikasi permesejan utama anda.


TIPS & ULASAN