Telegram Untuk Android Kini Hadir Dengan Antaramuka Yang Dioptimasikan Untuk Tablet

Telegram Untuk Android Kini Hadir Dengan Antaramuka Yang Dioptimasikan Untuk Tablet

Diterbitkan pada Okt 1, 2014 oleh .

Telegram merupakan salah satu aplikasi permesejan popular, yang mana menawarkan perkhidmatan seumpama WhatsApp dan pelbagai data disimpan pada perkomputeran awan untuk membolehkan anda mengakses sejarah teks, gambar dan imej walaupun berpindah peranti.

Telegram Tablet

Terkini, pembangunnya telah membawa kemaskini terbaru untuk platform Android, dimana melalui kemaskini baru ini a membawakan antaramuka yang dioptimasikan untuk tablet.

Pengguna tablet tidak lagi dipaparkan dengan paparan yang dibesarkan saiznya, sebaliknya kini ia hadir dengan antaramuka yang dioptimasikan membolehkan anda menggunakan skrin bersaiz besar untuk menghantar dan menerima mesej dengan mudah. Paparan baru ini ditawarkan untuk semua tablet yang menggunakan Android 4.0 dan terkini.

Selain daripada itu, kin Telegram turut membolehkan anda menyunting video sebelum menghantarnya, disamping membolehkan anda mengurangkan saiz video yang dihantar kepada rakan-rakan.

Bagi pengguna Android, anda boleh memuat-turun Telegram untuk Android versi terbaru hari ini dan menikmati pelbagai ciri-ciri baru yang ditawarkan ini.

Muat-Turun Telegram untuk Android


TIPS & ULASAN