HTC One (M8 Eye) Dijangka Membawakan Rekaan One M8 Dengan Kamera Belakang 13-Megapixel
HTC

HTC One (M8 Eye) Dijangka Membawakan Rekaan One M8 Dengan Kamera Belakang 13-Megapixel

Diterbitkan pada Okt 1, 2014 oleh .

HTC dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti baru pada bulan ini, dimana antaranya adalah kamera aksi mereka yang dikenali dengan nama kod “ReCamera”, dan juga sebuah telefon pintar baru dinamakan HTC One M8 Eye.

HTC One M8 Eye

Sebuah gambar tertiris hari ini memperlihatkan secara kasar rekaan yang akan dibawakan olehnya – dimana ia lebh kurang menyerupai HTC One M8 yang telah diperkenalkan sebelum ini. Peranti baru ini dijangka akan membawakan perubahan yang kecil – dimana mungkin akan menggunakan skrin bersaiz 5.2-inci dan juga kamera belakang 13-megapixel DuoCamera (lebih kurang menyerupai HTC Butterfly 2).

Peranti ini sebelum ini dikatakan akan turut memfokuskan kepada sokongan selfie. Apakah spesifkasi lain yang akan disertakan termasuk sensor kamera hadapan yang digunakan masih tidak diketahui lagi.

Beberapa desas-desus turut mengatakan sebelum ini yang mana HTC mungkin hanya memasarkan HTC One (M8 Eye) ini untuk pasaran di beberapa buah negara sekitar Asia sahaja. Namun, adakah ia benar ataupun sebaliknya mungkin akan terjawab dengan pengumuman rasminya kelak.

Selain HTC One (M8 Eye), pihak HTC turut dijangka akan memperkenalkan kemaskini kepada keluarga phablet mereka tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN