Microsoft Memperkenalkan Sway – Memudahkan Perkongsian Dan Persembahan Idea

Microsoft Memperkenalkan Sway – Memudahkan Perkongsian Dan Persembahan Idea

Diterbitkan pada Okt 1, 2014 oleh .

SwayMicrosoft sedia menawarkan aplikasi pejabat dan OneNote dalam usaha untuk memudahkan catatan, dan terkini mereka turut hadir dengan sebuah perkhidmatan baru dinamakan sebagai Sway.

Melalui Sway, Microsoft memfokuskan kepada persembahan dan perkongsian idea bersama yang lain dalam bentuk paparan yang menarik dan kemas. Menggunakannya, pengguna boleh menambah pelbagai jenis media dan kandungan – malah membuat carian info tanpa meninggalkan aplikasi berkenaan. Daripada demo ringkas yang diperlihatkan melalui video, Sway bakal menawarkan pelbagai jenis pilihan layout dan tema untuk digunakan – lebih kurang menyerupai PowerPoint dan Word.

Sway dilihat akan ditawarkan melalui web, dan buat masa ini pengguna perlu mendapatkan jemputan sebelum dapat menyertainya. Selain versi web, ia turut dijangka akan diperluaskan dalam bentuk aplikas untuk iOS, Windows Phone dan Android tidak lama lagi.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, mungkin boleh mendaftarkan minat di laman rasmi Sway.

Layari : Sway Preview


TIPS & ULASAN