Windows 10 Technical Preview Sedia Untuk Dimuat-Turun

Windows 10 Technical Preview Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Okt 1, 2014 oleh .

Seperti mana yang dijanjikan oleh Microsoft pada awal pagi tadi, kini mereka telah pun menerbitkan Windows 10 Technical Preview, sekaligus membolehkan para pengguna dan pembangun seluruh dunia untuk memuat-turun dan mencubanya sendiri – sebelum Windows 10 dilancarkan secara rasmi kepada umum pada tahun hadapan.

Windows 10

Untuk memuat-turunnya, pengguna terlebih dahulu perlu mendaftarkan diri untuk Windows Insider Program, dan seterusnya memastikan komputer mereka menyokongnya sebelum memulakan proses memuat-turun fail ISO.

Seperti pengenalan Technical Preview sebelum ini, pihak Microsoft menekankan yang mana versi ini lebih ditujukan kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang IT – dan tidak begitu mesra pengguna awam kerana mungkin terdapat pelbagai masalah yang tidak dikenal-pasti padanya. Microsoft turut menekankan untuk memasangnya pada komputer kedua anda supaya kerja dan tugasan anda tidak menghadapi masalah – memandangkan Windows 10 Technical Preview masih belum dalam fasa stabil lagi.

Windows 10

Windows 10 telah diperkenalkan oleh Microsoft pada awal pagi tadi, dimana ia menyertakan beberapa pembaharuan jikalau dibandingkan dengan Windows 7. Windows 10 dilihat lebih mesra pengguna tetikus dan papan kekunci – selain turut dioptimasikan untuk pengguna skrin sentuh. Antara fungsi baru yang disertakan adalah termasuk Start menu dengan integrasi Live Tiles, kebolehan menjalankan aplikasi ModernUI dalam tetingkapnya tersendiri, sokongan desktop maya, dan beberapa perkara baru yang lain.

Windows 10 versi akhir dijangka akan diperkenalkan pada tahun hadapan secara rasminya.

Muat-Turun Windows 10 Technical Preview


TIPS & ULASAN