SecureDrives : SSD Dengan Sistem Pemusnah Terbina Seperti Mission Impossible

SecureDrives : SSD Dengan Sistem Pemusnah Terbina Seperti Mission Impossible

Diterbitkan pada Okt 2, 2014 oleh .

Ketika kami masih remaja kami gemar menonton siri TV Mission Impossible. Pada awal setiap episod Jim Phelps, agen Impossible Missions Force akan menerima pita rakaman yang memberitahu beliau misi bahaya yang perlu beliau lakukan. Selepas arahan diberikan pita rakaman tersebut akan termusnah dengan sendirinya. Asap akan kelihatan berkepul-kepul keluar dari pemain pita secara automatik. Sistem pemusnah terbina ini kini menjadi realiti dengan hadirnya SecureDrives di pasaran. SecureDrive ialah cakera SSD yang boleh memusnahkan dirinya sendiri apabila diberi arahan oleh pengguna. Ini boleh dilakukan dengan menghantar SMS khas kepada SecureDrives. Di dalam cakera ini terdapat alat pemusnah yang memecahkan cip memori NAND Flash secara fizikal sekaligus membuatkan data yang disimpan hilang buat selama-lamanya. Tahap keselamatan SecureDrives tidak terhenti di sini. Cakera juga boleh ditetapkan untuk musnah dengan sendiri apabila kabel SATA yang disambungkan dicabut. Terdapat juga sistem  tambahan yang akan memusnahkan cakera jika isyarat GSM tidak dapat dihubungi untuk tempoh masa tertentu , jika bateri cakera turun ke tahap kritikal dan ia mengesan ada cubaan untuk membuka cangkerang yang menyimpan cakera. Setiap SecureDrives mempunyai muatan dalaman 128 Gigabyte dan dijual pada harga 1027 Pound (RM 5417) sebuah. Harga jualan yang sangat mahal tetapi sekiranya keselamatan kandungan data peribadi anda adalah sangat berharga, sistem pemusnah terbina SecureDrivse pastinya berbaloi untuk dimiliki.

Securedrives

 

 


TIPS & ULASAN