Pertandingan Shopify – Build A Business Menawarkan Hadiah Wang Tunai Sehingga $20,000 SGD

Pertandingan Shopify – Build A Business Menawarkan Hadiah Wang Tunai Sehingga $20,000 SGD

Diterbitkan pada Okt 2, 2014 oleh .

shopify-babmy-thumbBeberapa tahun dahulu sekiranya pemilik perniagaan ini menubuhkan kedai atas talian, ia merupakan satu perkara yang mencabar dan memakan kos tinggi. Seiring dengan kemajuan dunia pengkomputeran, kini terdapat pelbagai sistem serta pemalam yang membantu pemilik perniagaan untuk menubuhkan kedai atas talian dengan mudah. Shopify yang telah bertapak di Malaysia pada tahun lepas baru-baru ini telah mengumumkan pertandingan Build A Business yang menawarkan wang tunai sebanyak $20,000 SGD (~ RM 50,580) bagi pemenang.

Sekiranya anda tidak mengetahui berkenaan Shopify, Shopify menawarkan solusi kedai atas talian yang mudah walaupun pemilik kedai tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam dunia ICT. Mudahnya mengoperasikan Shopify seumpama menggunakan WordPress, dan Shopify juga mempunyai pelbagai tema rekaan yang boleh disesuaikan dengan kedai atas talian pengguna. Shopify akan mengecaj pemilik perniagaan berdasarkan kuantiti produk yang dijual. Seperti contoh sekiranya pemilik perniagaan mempunyai kurang dari 150 produk, harga langganan adalah serendah RM46 sebulan.

Berkenaan pertandingan ini, ia terbuka kepada pengguna Shopify yang baru beroperasi bermula 1 Julai 2014. Pemenang diplih berdasarkan jualan tertinggi untuk dua bulan dalam tempoh 1 Oktober 2014 sehingga 31 Mac 2015. Shopify juga akan memberikan kredit Google & Facebook bagi tujuan promosi kedai atas talian yang didaftarkan. Pada masa yang sama, Shopify juga turut menawarkan promosi langganan pakej Basic mereka. Dengan menggunakan kod [shopifybabmy] pengguna akan menerima tambahan 1 bulan bagi langganan pakej Basic.

Sekiranya anda pemilik perniagaan yang berniaga menggunakan WhatsApp & Instagram, kami percaya anda patut sertai pertandingan ini kerana ia menawarkan hadiah yang lumayan dan tempoh masa yang diberikan adalah selama 6 bulan, cukup untuk menjual secara aktif pada musim cuti sekolah nanti.

Sertai: Shopify – Build A Business


TIPS & ULASAN